Sabtu, 26 Maret 2011

BERPURA-PURA DI DEPAN SUAMI

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Isteri jika melakukan pekerjaan untuk suaminya dengan rasa ikhlas memperoleh ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka... " An Nisaa' ayat 34 

Jika kepura-puraan itu bukan perkara yang buruk, tidak bertentangan dengan syariat demi menyenangkan hati suami, maka hukumnya harus atau boleh. Umpamanya dalam menikmati suatu makanan yang disenangi oleh suami sedangkan isteri tidak suka dengan makanan tersebut, maka untuk menyenangkan hati suami, si isteri menunjukkan sikap bahawa ia juga suka pada makanan tersebut walaupun pada hakikatnya ia tidak menyukainya. Sikap seperti ini dipuji kerana bertujuan membahagiakan hati suaminya. Namun dari segi psikologi kita perlu juga berterus terang kepada suami tentang perkara yang tidak kita sukai agar suami dapat memahami tentang diri isteri secara lebih mendalam. 
Dalam perkara yang bersifat asas seperti keperluan suami terhadap layanan, baik dalam kasih sayang mahupun hubungan jimak, maka isteri wajib memenuhinya dengan rasa ikhlas dan senang hati bukan dengan sifat berpura-pura. Jika siafat berpura-pura ini terjadi maka isteri telah berdosa terhadap suaminya. Isteri harus patuh dan setia terhadap suami yang soleh dan bersedia mengikuti segala perintahnya. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia, tentu aku suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya, lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki atas wanita". (Riwayat Abu Daud) 
Jadi hindarilah sifat suka berpura-pura di depan suami jika ingin memperoleh pahala daripada Allah SWT. Jika perkara yang disukai suami itu tidak bertentangan dengan agama, mengapa pula si isteri harus berpura-pura suka melakukannya di depan suami kemudian meninggalkannya jika suami tidak ada. Sifat seperti ini menunjukkan benih kebohongan yang boleh melukakan hati suami dan dapat meruntuhkan kebahagiaan rumahtangga.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar